love


Monday, 4 June 2012

"Hakikat Cinta Manusia"

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca.

Sabarlah hingga kau temukan permata…♥

"cahaya Hidup"

Janganlah bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,bila tidak mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN.. ... ..jangan terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,bila tidak mau berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN.. ... ..jangan mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,bila tidak tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas pemberian-Nya

Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan... Seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan... Sesaat bersedih kerana ingat dosa... Adalah lebih mulia dari pada seharian bersedih kerana cinta anak manusia... Sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna... Adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..

"CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN. "


Lihatlah disekeliling ,sudah berapa ramai kenalan mahupun saudaramara yang sudah dulu meninggalkan kita & dunia. Sedarkah kita semakin hari, semakin rapat kita dengan kematian ? Semakin singkat timeline hidup kita?

-Mengapa kita hidup dan kemudian kita mati ?

JAWAPAN :

Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).[ surah al-Mulk: Ayat 2]

Ia diciptakan Allah untuk menguji tahap keimanan. Analoginya cukup mudah, kenapa kita menduduki peperiksaan & diberi ujian di universiti atau di sekolah, untuk menguji tahap kepandaian, begitulah juga dengan kehidupan kita di dunia ini.

-Bolehkah saat kematian ditangguhkan ?

JAWAPAN :

Firman Allah bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)

"Keikhlasan"

Keikhlasan teruji ketika di pertengahan dan di hujung satu amalan. Ketika dipuji atau dikeji, bagaimana rasa hati kita? Apakah dipuji timbul dorongan untuk menambah amal, atau bila dikeji muncul rasa hati ingin menghentikannya?
Itulah boleh dijadikan asas muhasabah keikhlasan kita melalui rasa hati.
Apakah ada syukur selepas amalan itu dilaksanakan dengan baik yakni dengan mengambalikan semuanya kepada Allah? Apakah ada sabar sekiranya amalan yang dibuat ada kekurangannya...

"Mutiara iman"

Tanpa Iman, manusia tidak akan ada pendirian.
Tanpa pendirian manusia akan menjadi hamba pada keadaan.

Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya.
Sesungguhnya, apa yang berlaku di dalam dri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita!

Oleh itu, sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut kedaaan yang sedang kita hadapi... bererti iman masih goyah, yang di luar masih kuat mempengaruhi yang di dalam.

"Lupakan Yang Dah Berlalu"

Jangan biarkan tragedi silam menyakitkan kita dua kali. Sekali sewaktu kita mengalaminya, kedua sewaktu kita mengenangnya.
Selepas mengambil pengajaran daripadanya, ayuh lupakan.Tidak ada kejayaan untuk mereka yang tidak bermula pada hari ini. Semalam berakhir pada malam semalam. Orang yang sering diganggu masa silam tidak akan mampu melangkah ke hadapan. Apabila ditanya bilakah kita akan bahagia... Jawablah, hari ini!

""AKU ADA UNTUK MU ""


Jangankan lelaki biasa,

Nabi pun sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka, fikiran lelaki akan resah..

Masih mencari walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan Hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu,

Untuk diluruskan oleh lelaki

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.