love


Sunday, 12 August 2012

"Minta Pada Allah"

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…Namun kemudian…Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh 
dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi....

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita..~

"Rahmat Dari Allah Tak Siapa Yang Tahu"


"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...

Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.

Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.

Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi

Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku

Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "

Begitulah antara munajat anak-anak yang tidak seberuntung kita. Hidupnya tanpa ayah dan ibu. Siapakah yang akan memberikan mereka rahmat dan kasih sayang ?

Saat kita yang beruntung ini leka diulit kemewahan duniawi.

Saat kita menghadap hidangan yang beraneka rasa dan kelazatan.

Saat kita riang gembira dengan hilai tawa anak-anak dan sanak saudara.

Saudara-saudari yang ikhlas bersahabat dengan diri ku yang hina lagi banyak dosa ini,


Kita sewajarnya bersyukur. Walau ada di antara kita dihimpit dengan pelbagai masalah dan bebanan hidup. Namun kita masih mampu untuk hidup senang walau pun tidak semewah jutawan. Sesukar-sukarnya kehidupan kita di dunia, kita masih mampu memandu kereta walaupun buatan Malaysia. Kita masih mampu lagi berbelanja walau hanya di hypermarket atau pasar malam. Kita masih lagi mampu bergurau senda dan berFacebook bersama teman-teman.


Namun di sebalik kesenangan dan nikmat yang kita kecapi ini, kadang-kadang kita terlepas pandang akan kehadiran insan-insan yang kurang bernasib baik dari kita.

Aku teringat suatu peristiwa pada 1 Ramadhan 1426. Jam menunjukkan 2.30pm. Aku menelefon Ustaz Warden.

Aku : Assalamu alaikum Ustaz, hari ini tak payah masak. Saya belanja budak-budak tu makan. Saya beli KFC.

Itulah antara ungkapan ayat yang masih aku ingat. Di fikiran ku sudah terbayang keceriaan dan kegembiran yang bakal terukir di wajah anak-anak malang yang menumpang berteduh di madrasah. Bagi mereka di madrasah itulah tempat mereka menumpang berteduh. Di madrasah itulah tempat mereka menimba ilmu dan menjamah sesuap makanan. Di madrasah itulah tempat mereka menumpang kasih setelah ayah dan ibu mereka kembali ke rahmat ALLAH.

Bagi diri ku dan sahabat-sahabat ku. Kami pula menumpang rahmat ALLAH dan maghfirah ALLAH dari mereka.

Jam 5.00pm, aku sudah bergegas ke kereta untuk balik ke Tampin dari Nilai Cancer Institute. Aku memeriksa dompet ku. Hanya ada RM 11.70. Nanti bila sampai ke Tampin baru aku mencari ATM .... ujar hati ku. Dan aku memecut kereta merah ku ke Tampin.

Jam 6.00pm aku sudah berada di pekan Tampin. Aku ke CIMB .... ATM tutup .... Lantas aku ke BSN .... ATM juga tutup. Aku menggeleng-geleng kepala ku. Aku ke Maybank pula .... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar. Ku lihat jam sudah 6.25pm. Ku pecut kereta ku menuju BIMB ..... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar sambil berdoa ke hadrat ALLAH. Janganlah sampai aku mengecewakan anak-anak ini. Aku tujui pula ke Bank Rakyat .... ATM nya juga tidak beroperasi. Aku semakin cemas. Yang tinggal hanyalah Public Bank. Segera aku menuju ke sana. ... Memang sudah ditaqdirkan ALLAH. ATM Public Bank juga tutup. ..... Aku termenung sendirian.... Memikirkan dengan RM 11.70, apakah yang akan aku beli untuk sajian berbuka 32 orang anak yatim di madrasah ?

Jam sudah menunjukkan 6.45pm. Aku terus kembali ke madrasah. Ketibaan ku disambut oleh anak-anak dengan riang gembira. Mungkin mereka sangka aku kembali bersama ayam KFC yang mereka tidak pernah rasa. Mereka hanya kenal melalui TV atau media cetak. Dapat aku rasai perubahan keceriaan mereka apabilaa melihat aku tiba di madrasah dengan tangan kosong. Suasana sepi. Aku hanya senyum. Hati ku benar-benar rasa bersalah. Aku mendapatkan Ustaz Warden dan menceritakan masalah ku. Ustaz Warden hanya mengangguk tanda memahami situasi ku. Mujur di dapur ada di masak sedikit makanan untuk morey.

Aku serahkan RM 11.70 kepada Ustaz Warden. Belilah roti canai. Hari pertama ini kita berbuka dengan roti canai. InsyaALLAH hari lain saya belikan KFC untuk mereka.....

Malam itu, aku tidak menjadi imam. Aku hanya menjadi makmum di madrasah. Hati aku remuk. Aku mohon ampunan ALLAH kerana mengecewakan hasrat anak-anak malang tersebut bagi menikmati hidangan yang mungkin mereka tidak pernah rasai sama sekali. Rasa bersalah ku berlanjutan hingga beberapa hari.

Entah macam mana, pada 8 Ramadhan, aku menerima satu panggilan telefon dari sebuah pasaraya di bandar Tampin. ..... Tahniah encik. Pembelian encik menggunakan kad kredit telah terpilih untuk memenangi pelanggan setia kami. Encik telah memenangi RM 10,000.00 .............. Yang hanya terucap dari lidah ku ialah "SUBHANALLAH"

Aku mengambil half day. Aku terus kembali ke Tampin dan terus ke pasaraya berkenaan. Selepas mengambil cek terus aku bank in ke dalam akaun.

Pada 10 Ramadhan, aku ke madrasah bersama kejutan buat anak-anak malang tersebut. Kerana aku datang bersama-sama 40 bungkusan dinner plate KFC.

Pada malam itu, dapat ku lihat wajah-wajah anak-anak tersebut riang gembira, ceria. Terubat seketika kedukaan di hati mereka kerana hilang insan yang tersayang. Tanpa ku sedar, air mata aku menitis. Cikgu Ibrahim menegur ku. Perlahan aku usap air mata yang mengalir.

Satu perkara yang aku sedar .... anak-anak ini membawa bersama mereka kertas akhbar-akhbar lama. Dari tiga ketul ayam goreng yang dihidangkan, mereka hanya makan dua ketul. Seketul mereka balut dengan kertas surat khabar. Bila ku tanya mengapa mereka membalut ayam goreng tersebut ? Jawab mereka, untuk mereka panaskan keesokan hari sewaktu sahur. Kata mereka ..... "Bukan senang nak makan KFC." ..... Sekali lagi air mata ku menitis. Mereka amat menghargai rezeki yang dihidangkan kepada mereka. Tidak membazir. Bersyukur dengan apa yang ada. Mampukah kita mempunyai rasa kehambaan seperti mereka ?

Pada malam itu, aku menunaikan solat taubat dan sujud syukur sebanyak-banyaknya. Kerana RM 11.70 yang aku belanjakan pada 1 Ramadhan, ALLAH balas sebanyak RM 10,000.00 pada 8 Ramadhan. Baki duit yang ada, aku gunakan untuk membelikan mereka pakaian dan kasut baru sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang.

Inilah rahmat ALLAH di awal Ramadhan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

Mungkin …sewaktu kita berbelanja di pasar raya bersama teman-teman, mereka memandang kita dari jauh sambil hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan mampu berbelanja di pasar raya”.


Mungkin juga sewaktu kita atau anak-anak kita sedang tekun belajar di sekolah-sekolah modern atau IPTA yang punya perpustakaan ber-air-cond …. Mereka memandang kita dari kejauhan dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan itu mampu mendapat pendidikan yang sempurna berbanding diri ku ….”

Mungkin sewaktu kita menikmati kelazatan ayam goreng KFC sambil menjilat jari, nun jauh di sana mereka memandang kita sambil mereka berbisik ... "Beruntungnya si polan dapat menikmati makanan yang lazat dan enak, sedangkan aku hanya menikmati nasi berlaukkan ikan masin dan berulamkan kangkung ..."


Mungkin juga … sewaktu kita bergurau senda bersama anak-anak dan family di taman permainan … mereka melihat ita dari jauh … dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan, punya ayah, punya ibu tempat untuk bermanja dan dibelai … sedangkan aku hidup sebatang kara …” … Lantas air mata mereka mengalir … hati mereka terhiris … NAMUN … kepada siapa hendak mereka mengadu ? …. MELAINKAN ….. kepada ALLAH ………


Terlalu banyak janji yang ditaburkan kepada mereka yang berbuat baik kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Tidak kecil dan sedikit fadhilatnya. Malahan yang menabur janji itu adalah ALLAH. Pastinya janji ALLAH itu tetapkan termeteri.


Sempena Ramadhan yang bertamu … aku menyeru kepada diri ku dan anda semua . Ambillah kesempatan untuk menambah amal kebajikan sebagai bekalan kita untuk kembali ke hadrat ALLAH nanti. Ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh berkat di mana amal perbuatan digandakan ganjaran pahalanya. Ayuhlah kita bersama-sama mengukirkan senyuman di wajah mereka walau pun hanya seketika, mudah-mudahan ALLAH akan mengukir senyuman di wajah kita di akhirat sana. Dan pastinya senyuman yang terukir di akhirat akan berkekalan.

Madrasah Darus Syifa
3 Ramadhan 1433 / 23 Julai 2012
4.25am

Friday, 27 July 2012

Seram! Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa



Kisah ini adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.





Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. 
Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. 
Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskanjenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. 
Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Banggg...Jom Kita Bunuh Syaitan




Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. ‘Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan’. Kata si suami ‘yerr kerr?’ Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang. 
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
‘takpe...tunggulah malam’.
Esoknya si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan...bang’.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... ‘.
Si suami tiba-tiba marah dan berkata ..........
‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang’?

Tuesday, 24 July 2012

Kirana kerdil..

~✿..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~