love


Sunday, 12 August 2012

"Minta Pada Allah"

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…Namun kemudian…Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh 
dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi....

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita..~

"Rahmat Dari Allah Tak Siapa Yang Tahu"


"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...

Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.

Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.

Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi

Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku

Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "

Begitulah antara munajat anak-anak yang tidak seberuntung kita. Hidupnya tanpa ayah dan ibu. Siapakah yang akan memberikan mereka rahmat dan kasih sayang ?

Saat kita yang beruntung ini leka diulit kemewahan duniawi.

Saat kita menghadap hidangan yang beraneka rasa dan kelazatan.

Saat kita riang gembira dengan hilai tawa anak-anak dan sanak saudara.

Saudara-saudari yang ikhlas bersahabat dengan diri ku yang hina lagi banyak dosa ini,


Kita sewajarnya bersyukur. Walau ada di antara kita dihimpit dengan pelbagai masalah dan bebanan hidup. Namun kita masih mampu untuk hidup senang walau pun tidak semewah jutawan. Sesukar-sukarnya kehidupan kita di dunia, kita masih mampu memandu kereta walaupun buatan Malaysia. Kita masih mampu lagi berbelanja walau hanya di hypermarket atau pasar malam. Kita masih lagi mampu bergurau senda dan berFacebook bersama teman-teman.


Namun di sebalik kesenangan dan nikmat yang kita kecapi ini, kadang-kadang kita terlepas pandang akan kehadiran insan-insan yang kurang bernasib baik dari kita.

Aku teringat suatu peristiwa pada 1 Ramadhan 1426. Jam menunjukkan 2.30pm. Aku menelefon Ustaz Warden.

Aku : Assalamu alaikum Ustaz, hari ini tak payah masak. Saya belanja budak-budak tu makan. Saya beli KFC.

Itulah antara ungkapan ayat yang masih aku ingat. Di fikiran ku sudah terbayang keceriaan dan kegembiran yang bakal terukir di wajah anak-anak malang yang menumpang berteduh di madrasah. Bagi mereka di madrasah itulah tempat mereka menumpang berteduh. Di madrasah itulah tempat mereka menimba ilmu dan menjamah sesuap makanan. Di madrasah itulah tempat mereka menumpang kasih setelah ayah dan ibu mereka kembali ke rahmat ALLAH.

Bagi diri ku dan sahabat-sahabat ku. Kami pula menumpang rahmat ALLAH dan maghfirah ALLAH dari mereka.

Jam 5.00pm, aku sudah bergegas ke kereta untuk balik ke Tampin dari Nilai Cancer Institute. Aku memeriksa dompet ku. Hanya ada RM 11.70. Nanti bila sampai ke Tampin baru aku mencari ATM .... ujar hati ku. Dan aku memecut kereta merah ku ke Tampin.

Jam 6.00pm aku sudah berada di pekan Tampin. Aku ke CIMB .... ATM tutup .... Lantas aku ke BSN .... ATM juga tutup. Aku menggeleng-geleng kepala ku. Aku ke Maybank pula .... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar. Ku lihat jam sudah 6.25pm. Ku pecut kereta ku menuju BIMB ..... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar sambil berdoa ke hadrat ALLAH. Janganlah sampai aku mengecewakan anak-anak ini. Aku tujui pula ke Bank Rakyat .... ATM nya juga tidak beroperasi. Aku semakin cemas. Yang tinggal hanyalah Public Bank. Segera aku menuju ke sana. ... Memang sudah ditaqdirkan ALLAH. ATM Public Bank juga tutup. ..... Aku termenung sendirian.... Memikirkan dengan RM 11.70, apakah yang akan aku beli untuk sajian berbuka 32 orang anak yatim di madrasah ?

Jam sudah menunjukkan 6.45pm. Aku terus kembali ke madrasah. Ketibaan ku disambut oleh anak-anak dengan riang gembira. Mungkin mereka sangka aku kembali bersama ayam KFC yang mereka tidak pernah rasa. Mereka hanya kenal melalui TV atau media cetak. Dapat aku rasai perubahan keceriaan mereka apabilaa melihat aku tiba di madrasah dengan tangan kosong. Suasana sepi. Aku hanya senyum. Hati ku benar-benar rasa bersalah. Aku mendapatkan Ustaz Warden dan menceritakan masalah ku. Ustaz Warden hanya mengangguk tanda memahami situasi ku. Mujur di dapur ada di masak sedikit makanan untuk morey.

Aku serahkan RM 11.70 kepada Ustaz Warden. Belilah roti canai. Hari pertama ini kita berbuka dengan roti canai. InsyaALLAH hari lain saya belikan KFC untuk mereka.....

Malam itu, aku tidak menjadi imam. Aku hanya menjadi makmum di madrasah. Hati aku remuk. Aku mohon ampunan ALLAH kerana mengecewakan hasrat anak-anak malang tersebut bagi menikmati hidangan yang mungkin mereka tidak pernah rasai sama sekali. Rasa bersalah ku berlanjutan hingga beberapa hari.

Entah macam mana, pada 8 Ramadhan, aku menerima satu panggilan telefon dari sebuah pasaraya di bandar Tampin. ..... Tahniah encik. Pembelian encik menggunakan kad kredit telah terpilih untuk memenangi pelanggan setia kami. Encik telah memenangi RM 10,000.00 .............. Yang hanya terucap dari lidah ku ialah "SUBHANALLAH"

Aku mengambil half day. Aku terus kembali ke Tampin dan terus ke pasaraya berkenaan. Selepas mengambil cek terus aku bank in ke dalam akaun.

Pada 10 Ramadhan, aku ke madrasah bersama kejutan buat anak-anak malang tersebut. Kerana aku datang bersama-sama 40 bungkusan dinner plate KFC.

Pada malam itu, dapat ku lihat wajah-wajah anak-anak tersebut riang gembira, ceria. Terubat seketika kedukaan di hati mereka kerana hilang insan yang tersayang. Tanpa ku sedar, air mata aku menitis. Cikgu Ibrahim menegur ku. Perlahan aku usap air mata yang mengalir.

Satu perkara yang aku sedar .... anak-anak ini membawa bersama mereka kertas akhbar-akhbar lama. Dari tiga ketul ayam goreng yang dihidangkan, mereka hanya makan dua ketul. Seketul mereka balut dengan kertas surat khabar. Bila ku tanya mengapa mereka membalut ayam goreng tersebut ? Jawab mereka, untuk mereka panaskan keesokan hari sewaktu sahur. Kata mereka ..... "Bukan senang nak makan KFC." ..... Sekali lagi air mata ku menitis. Mereka amat menghargai rezeki yang dihidangkan kepada mereka. Tidak membazir. Bersyukur dengan apa yang ada. Mampukah kita mempunyai rasa kehambaan seperti mereka ?

Pada malam itu, aku menunaikan solat taubat dan sujud syukur sebanyak-banyaknya. Kerana RM 11.70 yang aku belanjakan pada 1 Ramadhan, ALLAH balas sebanyak RM 10,000.00 pada 8 Ramadhan. Baki duit yang ada, aku gunakan untuk membelikan mereka pakaian dan kasut baru sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang.

Inilah rahmat ALLAH di awal Ramadhan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

Mungkin …sewaktu kita berbelanja di pasar raya bersama teman-teman, mereka memandang kita dari jauh sambil hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan mampu berbelanja di pasar raya”.


Mungkin juga sewaktu kita atau anak-anak kita sedang tekun belajar di sekolah-sekolah modern atau IPTA yang punya perpustakaan ber-air-cond …. Mereka memandang kita dari kejauhan dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan itu mampu mendapat pendidikan yang sempurna berbanding diri ku ….”

Mungkin sewaktu kita menikmati kelazatan ayam goreng KFC sambil menjilat jari, nun jauh di sana mereka memandang kita sambil mereka berbisik ... "Beruntungnya si polan dapat menikmati makanan yang lazat dan enak, sedangkan aku hanya menikmati nasi berlaukkan ikan masin dan berulamkan kangkung ..."


Mungkin juga … sewaktu kita bergurau senda bersama anak-anak dan family di taman permainan … mereka melihat ita dari jauh … dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan, punya ayah, punya ibu tempat untuk bermanja dan dibelai … sedangkan aku hidup sebatang kara …” … Lantas air mata mereka mengalir … hati mereka terhiris … NAMUN … kepada siapa hendak mereka mengadu ? …. MELAINKAN ….. kepada ALLAH ………


Terlalu banyak janji yang ditaburkan kepada mereka yang berbuat baik kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Tidak kecil dan sedikit fadhilatnya. Malahan yang menabur janji itu adalah ALLAH. Pastinya janji ALLAH itu tetapkan termeteri.


Sempena Ramadhan yang bertamu … aku menyeru kepada diri ku dan anda semua . Ambillah kesempatan untuk menambah amal kebajikan sebagai bekalan kita untuk kembali ke hadrat ALLAH nanti. Ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh berkat di mana amal perbuatan digandakan ganjaran pahalanya. Ayuhlah kita bersama-sama mengukirkan senyuman di wajah mereka walau pun hanya seketika, mudah-mudahan ALLAH akan mengukir senyuman di wajah kita di akhirat sana. Dan pastinya senyuman yang terukir di akhirat akan berkekalan.

Madrasah Darus Syifa
3 Ramadhan 1433 / 23 Julai 2012
4.25am

Friday, 27 July 2012

Seram! Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa



Kisah ini adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.





Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. 
Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. 
Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskanjenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. 
Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Banggg...Jom Kita Bunuh Syaitan




Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. ‘Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan’. Kata si suami ‘yerr kerr?’ Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang. 
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
‘takpe...tunggulah malam’.
Esoknya si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan...bang’.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... ‘.
Si suami tiba-tiba marah dan berkata ..........
‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang’?

Tuesday, 24 July 2012

Kirana kerdil..

~✿..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~

Di Awalnya Rahmat Dari ALLAH .....


"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ... Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini. Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku. Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ " Begitulah antara munajat anak-anak yang tidak seberuntung kita. Hidupnya tanpa ayah dan ibu. Siapakah yang akan memberikan mereka rahmat dan kasih sayang ? Saat kita yang beruntung ini leka diulit kemewahan duniawi. Saat kita menghadap hidangan yang beraneka rasa dan kelazatan. Saat kita riang gembira dengan hilai tawa anak-anak dan sanak saudara. Saudara-saudari yang ikhlas bersahabat dengan diri ku yang hina lagi banyak dosa ini,  Kita sewajarnya bersyukur. Walau ada di antara kita dihimpit dengan pelbagai masalah dan bebanan hidup. Namun kita masih mampu untuk hidup senang walau pun tidak semewah jutawan. Sesukar-sukarnya kehidupan kita di dunia, kita masih mampu memandu kereta walaupun buatan Malaysia. Kita masih mampu lagi berbelanja walau hanya di hypermarket atau pasar malam. Kita masih lagi mampu bergurau senda dan berFacebook bersama teman-teman.  Namun di sebalik kesenangan dan nikmat yang kita kecapi ini, kadang-kadang kita terlepas pandang akan kehadiran insan-insan yang kurang bernasib baik dari kita. Aku teringat suatu peristiwa pada 1 Ramadhan 1426. Jam menunjukkan 2.30pm. Aku menelefon Ustaz Warden. Aku : Assalamu alaikum Ustaz, hari ini tak payah masak. Saya belanja budak-budak tu makan. Saya beli KFC. Itulah antara ungkapan ayat yang masih aku ingat. Di fikiran ku sudah terbayang keceriaan dan kegembiran yang bakal terukir di wajah anak-anak malang yang menumpang berteduh di madrasah. Bagi mereka di madrasah itulah tempat mereka menumpang berteduh. Di madrasah itulah tempat mereka menimba ilmu dan menjamah sesuap makanan. Di madrasah itulah tempat mereka menumpang kasih setelah ayah dan ibu mereka kembali ke rahmat ALLAH. Bagi diri ku dan sahabat-sahabat ku. Kami pula menumpang rahmat ALLAH dan maghfirah ALLAH dari mereka. Jam 5.00pm, aku sudah bergegas ke kereta untuk balik ke Tampin dari Nilai Cancer Institute. Aku memeriksa dompet ku. Hanya ada RM 11.70. Nanti bila sampai ke Tampin baru aku mencari ATM .... ujar hati ku. Dan aku memecut kereta merah ku ke Tampin. Jam 6.00pm aku sudah berada di pekan Tampin. Aku ke CIMB .... ATM tutup .... Lantas aku ke BSN .... ATM juga tutup. Aku menggeleng-geleng kepala ku. Aku ke Maybank pula .... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar. Ku lihat jam sudah 6.25pm. Ku pecut kereta ku menuju BIMB ..... ATM juga tutup. Hati ku semakin berdebar sambil berdoa ke hadrat ALLAH. Janganlah sampai aku mengecewakan anak-anak ini. Aku tujui pula ke Bank Rakyat .... ATM nya juga tidak beroperasi. Aku semakin cemas. Yang tinggal hanyalah Public Bank. Segera aku menuju ke sana. ... Memang sudah ditaqdirkan ALLAH. ATM Public Bank juga tutup. ..... Aku termenung sendirian.... Memikirkan dengan RM 11.70, apakah yang akan aku beli untuk sajian berbuka 32 orang anak yatim di madrasah ? Jam sudah menunjukkan 6.45pm. Aku terus kembali ke madrasah. Ketibaan ku disambut oleh anak-anak dengan riang gembira. Mungkin mereka sangka aku kembali bersama ayam KFC yang mereka tidak pernah rasa. Mereka hanya kenal melalui TV atau media cetak. Dapat aku rasai perubahan keceriaan mereka apabilaa melihat aku tiba di madrasah dengan tangan kosong. Suasana sepi. Aku hanya senyum. Hati ku benar-benar rasa bersalah. Aku mendapatkan Ustaz Warden dan menceritakan masalah ku. Ustaz Warden hanya mengangguk tanda memahami situasi ku. Mujur di dapur ada di masak sedikit makanan untuk morey. Aku serahkan RM 11.70 kepada Ustaz Warden. Belilah roti canai. Hari pertama ini kita berbuka dengan roti canai. InsyaALLAH hari lain saya belikan KFC untuk mereka..... Malam itu, aku tidak menjadi imam. Aku hanya menjadi makmum di madrasah. Hati aku remuk. Aku mohon ampunan ALLAH kerana mengecewakan hasrat anak-anak malang tersebut bagi menikmati hidangan yang mungkin mereka tidak pernah rasai sama sekali. Rasa bersalah ku berlanjutan hingga beberapa hari. Entah macam mana, pada 8 Ramadhan, aku menerima satu panggilan telefon dari sebuah pasaraya di bandar Tampin. ..... Tahniah encik. Pembelian encik menggunakan kad kredit telah terpilih untuk memenangi pelanggan setia kami. Encik telah memenangi RM 10,000.00 .............. Yang hanya terucap dari lidah ku ialah "SUBHANALLAH" Aku mengambil half day. Aku terus kembali ke Tampin dan terus ke pasaraya berkenaan. Selepas mengambil cek terus aku bank in ke dalam akaun. Pada 10 Ramadhan, aku ke madrasah bersama kejutan buat anak-anak malang tersebut. Kerana aku datang bersama-sama 40 bungkusan dinner plate KFC. Pada malam itu, dapat ku lihat wajah-wajah anak-anak tersebut riang gembira, ceria. Terubat seketika kedukaan di hati mereka kerana hilang insan yang tersayang. Tanpa ku sedar, air mata aku menitis. Cikgu Ibrahim menegur ku. Perlahan aku usap air mata yang mengalir. Satu perkara yang aku sedar .... anak-anak ini membawa bersama mereka kertas akhbar-akhbar lama. Dari tiga ketul ayam goreng yang dihidangkan, mereka hanya makan dua ketul. Seketul mereka balut dengan kertas surat khabar. Bila ku tanya mengapa mereka membalut ayam goreng tersebut ? Jawab mereka, untuk mereka panaskan keesokan hari sewaktu sahur. Kata mereka ..... "Bukan senang nak makan KFC." ..... Sekali lagi air mata ku menitis. Mereka amat menghargai rezeki yang dihidangkan kepada mereka. Tidak membazir. Bersyukur dengan apa yang ada. Mampukah kita mempunyai rasa kehambaan seperti mereka ? Pada malam itu, aku menunaikan solat taubat dan sujud syukur sebanyak-banyaknya. Kerana RM 11.70 yang aku belanjakan pada 1 Ramadhan, ALLAH balas sebanyak RM 10,000.00 pada 8 Ramadhan. Baki duit yang ada, aku gunakan untuk membelikan mereka pakaian dan kasut baru sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang. Inilah rahmat ALLAH di awal Ramadhan. Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian, Mungkin …sewaktu kita berbelanja di pasar raya bersama teman-teman, mereka memandang kita dari jauh sambil hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan mampu berbelanja di pasar raya”.  Mungkin juga sewaktu kita atau anak-anak kita sedang tekun belajar di sekolah-sekolah modern atau IPTA yang punya perpustakaan ber-air-cond …. Mereka memandang kita dari kejauhan dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan itu mampu mendapat pendidikan yang sempurna berbanding diri ku ….” Mungkin sewaktu kita menikmati kelazatan ayam goreng KFC sambil menjilat jari, nun jauh di sana mereka memandang kita sambil mereka berbisik ... "Beruntungnya si polan dapat menikmati makanan yang lazat dan enak, sedangkan aku hanya menikmati nasi berlaukkan ikan masin dan berulamkan kangkung ..."  Mungkin juga … sewaktu kita bergurau senda bersama anak-anak dan family di taman permainan … mereka melihat ita dari jauh … dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan, punya ayah, punya ibu tempat untuk bermanja dan dibelai … sedangkan aku hidup sebatang kara …” … Lantas air mata mereka mengalir … hati mereka terhiris … NAMUN … kepada siapa hendak mereka mengadu ? …. MELAINKAN ….. kepada ALLAH ………  Terlalu banyak janji yang ditaburkan kepada mereka yang berbuat baik kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Tidak kecil dan sedikit fadhilatnya. Malahan yang menabur janji itu adalah ALLAH. Pastinya janji ALLAH itu tetapkan termeteri.  Sempena Ramadhan yang bertamu … aku menyeru kepada diri ku dan anda semua . Ambillah kesempatan untuk menambah amal kebajikan sebagai bekalan kita untuk kembali ke hadrat ALLAH nanti. Ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh berkat di mana amal perbuatan digandakan ganjaran pahalanya. Ayuhlah kita bersama-sama mengukirkan senyuman di wajah mereka walau pun hanya seketika, mudah-mudahan ALLAH akan mengukir senyuman di wajah kita di akhirat sana. Dan pastinya senyuman yang terukir di akhirat akan berkekalan.

Thursday, 19 July 2012

Sunnah Rasulullah SAW : Amalan Sunat Harian

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ 



Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’. 

1. Senyuman 

Abdullah bin Al-Harist r.a. menuturkan, ertinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi) 

2. Dahulukan Kanan Daripada Aisyah r.a., 

katanya: “Rasulullah S.A.W. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." (Hadis riwayat Muslim) 

3. Berpakaian 

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda S.A.W. ialah pakaian Qamis.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud) 

4. Bercelak 

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud) 

5. Memakai Cincin 

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.) 

6. Makan 

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad) 
7. Minum 
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah S.A.W. minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh) 
8. Bersilaturrahim
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah). 
9. Berjalan 
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim) 
10. Berkata 
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim) 
11. Tertawa 
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad S.A.W. hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi ) 
12. Bergurau 
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi S.A.W. menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad) 
13. Tidur 
Aisyah r.a. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah S.A.W. selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad) 
14. Membaca al-Quran 
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i) 
15. Ibadah 
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah S.W.T. telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda S.A.W. menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah) 
والله أعلم بالصواب 
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 

Kehebatan surah Al-Ikhlas


Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas
1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. 
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat yang berada di dalam rumah akan menyahut.
2. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad S.A.W. : 
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. 
3. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran. 
4. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan."
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: 
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "
5. Siapa yang membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas setiap satu sebanyak 7 kali 
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya. 
Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

11 amalan murah rezeki



1. Bertakwa kepada Allah.Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud:Dan (Tuhan berfirman lagi): “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”2. Banyakkan Doa.Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.3. Banyakkan Sedekah.Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.4. Buat Baik kepada Ibu Bapa.Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka.Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.5. Banyakkan istighfar.Minta ampunkan dosa sendiri. Pperkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.6. Solat Dhuha.Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat.Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.7. Baca Surah Al-Waqiah.Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.8. Beri Makan Kepada Haiwan-Haiwan.

Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini.
Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.
9. Jangan Menyeksa Binatang.Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.
10. Sambung Silaturahim.Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.
Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” – (HR Bukhari)
11. Membayar Zakat.Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t.
Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
















Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam….

Tetamu Tak Diundang





Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... "Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?" 
Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu... 
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi. 
Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang... 
Lelaki itu terus bertanya..."Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?" 
"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani... 
"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu... "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan 2012..:):)


Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah ADZAN
Media yang terbaik adalah AL QURAN
Senaman yang sihat adalah SHALAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA & TAUBAT

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah
kunci kepada kebenaran,
keikhlasan,
kemuncak dan kesejagatan syukur
“.

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah.

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman.,
marhaban ya ramadhan.,
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin…




Sunday, 15 July 2012

sekadar untuk renungan bersama...


pasangan couple kembali ke pangkal jalan...Sekadar Renungan...must read..!!!

diharap mereka yg couple tu yg baca kisah nie cpt2lah tersedar...:)

Seorang gadis membuat rumah terbuka lalu dia mengajak teman2 rapatnya..
...
Kali ini dia mahu buat sedikit kelainan..
Dia mahu buat doa selamat dan solat hajat..
Tidak ketinggalan dia mengajak Teman Lelakinya

Si gadis mula terkenangkan "masa depannya"
Lalu dia menyuruh Teman Lelakinya meng Imam kan solat hajat...
Merdu sekali suara Teman Lelakinya mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran...

Selesai memberi salam, Teman Lelaki serikan lagi dengan zikrullah..
Tambah cair lah hati si gadiss....~

Selesai Solat seperti biasa pasti bersalam-salaman antara satu sama lain
laki dgn laki
perempuan dgn perempuan

Tiba2.....

Teman Lelaki menghulurkan tangan kepada si gadis dan bersedia untuk mencium dahi....

Heyyyy!!!~, si gadis melenting dan mengelak...

"Apa u ni...kan lepas solat ni...mana boleh salam dgn laki bukan muhrim..."

Teman Lelaki itu terkejut dan tergelak...lalu berkata,

"Habis tu selama ni kita dating pegang2 tangan..kadang2 dating kat taman i siap cium dahi u lg tanda cinta kita...x salah ka???!!

Si Gadis membalas,

"U pown agak2 lah, kan kita lepas solat ni...waktu dating lain waktu solat lain...respect lah skit...kan tgh ade wuduk ni.."

Tiba2 terbuka hati lelaki tersebut...
lalu berkata...

"U sedar tak, kita sedar kewujudan Tuhan hanya waktu Solat sahaja...sedangkan Tuhan itu Sentiasa Bersama kita, Sentiasa memerhati gerak geri kita sekalipun kita tengah dating..."

Astaghfirullahh~

"Kita ada wuduk setiap masa...
Bukankah kita dilarang sama sekali bersentuhan selagi tiada ikatan pernikahan yang sah....."

sambung Teman Lelaki tersebut...

"U, I nak nikah ngan U...even Kita tengah belajar lagi...I sanggup cari duit...I tak sanggup tanggung dosa..berapa banyak kita tanggung dosa...kita dah Couple almost 3 years...kalau U xnk kawen ngan I, I sanggup putuskan hubungan kita..sbb I tak sanggup tanggung Dosa lagi..."

Si Gadis Terkedu!~
"Gulp"..

Teman Lelaki mengalirkan air mata....
Taubat Nasuhah menjadi jalan permulaan kepaa kehidupan yang baru..

Thursday, 12 July 2012

if the girls is pretty.........???

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!



Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

9 Ayat Maut Seorang Wanita



1. Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


2. Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


3. Tak ada apa-apa atau nothing!

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


5. Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


6. Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda


7. Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya