Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free
bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...
Susahnya Nak Buat Dosa......
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah . Nak sewa hotel (duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap² silap kena tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde
breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat
pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best!
Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni. Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka. Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la... Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit
berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...
Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun
terabai, dunia tak gak dapat².
Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk² tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan. Mane lagih best?
No comments:
Post a Comment