love


Saturday, 23 June 2012

-->>Jika esok hari terakhirku

-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
-->>Jika esok hari terakhirku,
♥ tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu

#Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku..

✿ Biar buta mata daripada melihat kemungkaran,
✿ Biar bisu daripada menfitnah orang lain,
✿ Biar pekak daripada mendengar pekara yang tidak elok,
✿ Biar kudung kaki daripada melangkah kelorong maksiat,
✿ Biar tiada tangan daripada menjadi pencuri,
✿ Biar miskin daripada kaya andai sombong dan riak....
✿ Biar orang lain membenci kita asalkan ALLAH sayang pada kita..

Mari bermuhasabah diri kita sebelum semuanya terlambat, sebelum ajal menjemput. Lakukan 3B :

Baca dan Fahami Artikel Ini
Bermuhasabah Diri
Berubah Ke Arah Lebih Baik

No comments:

Post a Comment