love


Friday, 15 June 2012

personal faith (Keimanan)

Kebahagiaan itu ada pada keimanan. Ketenangan itu adalah ciri sebenar kebahagiaan. Tidak goyah walau diuji (^_^) Inilah hidayah Allah.. Kebahagiaan hakiki. Sukar sebenarnya mahu diungkap dengan kata-kata melainkan dengan merasainya sendiri.

Imam Ibn Qayyim menyatakan: “Sesungguhnya di dalam hati terdapat kotoran yang tidak akan hilang melainkan menerima perintah Allah. Di dalam hati terdapat kebuasan yang tidak akan lenyap melainkan dengan berjinak dengan Allah. Di dalam hati terdapat kedukaan yang tidak akan pergi melainkan gembira dengan mengenaliNya, benar dalam melaksanakan perintahNya. Di dalam hati terdapat keresahan yang tidak akan berasa tenang melainkan berkumpul keranaNya, menuju kepadaNya. Di dalam hati terdapat api kekecewaan yang tidak akan padam melainkan dengan pasrah dengan perintah, tegahan dan ketentuanNya, dan sentiasa sabar di atas perkara tersebut sehingga menemuiNya. Di dalam hati terdapat hati yang mati yang tidak akan hidup melainkan mencintaiNya, bertaubat kepadaNya, sentiasa mengingatiNya, benar-benar ikhlas kepadaNya sekalipun diberikan dunia dan segala isinya tidak akan mampu menghidupkan kematian itu selama-lamanya”. 
Sayu... Semoga Allah campakkan keimanan, ketenangan dan kebahagian dalam jiwa-jiwa kita. Semoga segala keluh-kesah juga hilang dari jiwa kita. Rehatlah rohani, cergaslah jasmani untuk terus beribadah pada Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment