love


Thursday, 21 June 2012

Tahap Kesabaran Manusia...



Salam…Setiap manusia dikurniakan sifat marah, kecewa, sakit hati, putus asa dan segala macam sifat yang berkaitan dengan jiwa…tetapi dikurniakan juga penawarnya iaitu sabar. Tahap kesabaran seseorang manusia itu bergantung kepada tahap ujian yang diterimanya.Para Nabi dan orang2 soleh menerima ujian yang bukan kecil anak, bahkan ujian yang mereka terima adalah ujian yang sangat berat yang mana mungkin sekiranya ujian seperti itu diterima oleh orang awam, akan menyebabkan mereka gila dan membunuh diri akibat tidak sanggup menghadapi tekanan ujian tersebut.Namun begitu, sabar bukanlah segala2nya. Kerana al-Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa manusia yang tidak langsung mempunyai sifat marah itu sebenarnya adalah seekor keldai. Manusia perlu marah untuk perkara2 tertentu. Tetapi ianya tidaklah memberi hak kepada seseorang itu untuk bersifat dengan sifat marah terhadap segala perkara. Sebab itulah, marah itu perlu didasarkan pada akal yang waras. Dan sabar juga perlu didasarkan kepada panduan iman dan akal yang waras.Sekiranya tanpa panduan akal, maka kemarahan seseorang itu bakal menimbulkan bencana kepadanya dan kepada objek yang ditujukan kemarahan itu. Begitu juga kesabaran…sekiranya tidak didasarkan dengan iman dan akal yang waras, maka akan ternampaklah kelemahan dan kekurangan seseorang akibat ‘kesabarannya’ yang tidak langsung membuahkan tindakan.

Maka, marahlah bila perlu…dan bersabarlah ketika perlu.



"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200

No comments:

Post a Comment